Blog-Blog Penting

Teknik-Teknik yang diterangkan dalam blog ini adalah berdasarkan aplikasi hasil kajian hadith-hadith psikologi yang sahih.

Blog-blog berkaitan:

1. Blog Analisis Hadith Psikologi
2. Blog Kaunseling Islam
3. Blog Teknik Motivasi Islam
4. Blog Komunikasi Interpersonal Islam
5. Blog Tip Bisnes Training & Trainer
6. Blog Team-building Islam

7. Blog Aplikasi Hadith Psikologi
8. Blog Analisis Linguistik Bahasa Nabi Muhammad


Blog 3 orang guru yang mengaplikasi teknik-teknik Nabi Muhammad:

1. Blog Puan Khairulaniza Khairuddin
2. Blog Ustazah Puan Siti Khadijah
3. Blog Puan Nurhidayah Jaafar

Teknik 8: Puji Pelajar Corot Serta-Merta di Tempat Kejadian


Apabila mendorong pelajar corot supaya suka mengulangi tingkah lakunya yang baik, caranya adalah dengan bermata tajam. Di mana-mana sahaja kita ternampak pelajar itu melakukan sesuatu yang baik, terus serta-merta dan di situ juga kita memuji apa yang dilakukannya.

Pujian yang berkesan sebagai senjata mendorong pelajar corot adalah:

1. Puji bagusnya perkara yang dilakukan oleh pelajar itu. Sebagai contoh kita nampak pelajar itu membuang sampah ke dalam tong sampah, terus katakan kepadanya:

"Bagusnya kamu buang sampah ke dalam tong. Kamu cukup pembersih!" (BETUL)
"Bagus! Bagus! Kamu pandai menjaga kebersihan sekolah." (BETUL)
"Bagus, Helmi. Saya suka kamu jaga kebersihan sekolah kita." (BETUL)

2. Pujian itu diberikan serta-merta, di tempat kejadian, tidak ditangguh-tangguhkan.

3. Puji dengan kuat dan terbuka supaya orang lain dapat mendengarnya, dan tahu perkara baik yang sudah dilakukan oleh pelajar itu.

------

Nota: Tuan dapat menerima semua posting blog ini secara percuma dengan menuliskan alamat emel tuan dalam jendela yang disediakan di tebing kiri blog ini.
   

Teknik 7: Puji Pelajar Corot dengan Suara Terang dan Jelas Supaya Didengar oleh Orang Lain

Teknik 7: Puji Pelajar Corot dengan Suara Terang dan Jelas Supaya Didengar oleh Orang Lain

Apabila mendorong pelajar corot supaya terus melakukan perbuatan baik yang sekali-sekala dilakukannya, ucapkan kata-kata pujian itu dengan suara yang terang dan jelas sehingga orang-orang lain yang ada dapat mendengar satu persatu pujian yang diberikan.

Pujian hanya boleh diberikan atas 2 perkara:

1. Perkara baik yang dilakukan oleh pelajar corot.
2. Hasil kerjanya yang baik kualitinya.

Jika di dalam bilik darjah kelas corot, pastikan rakan-rakan sekelasnya dapat mendengar kata-kata pujian itu.

Jika di padang sukan, pastikan pelajar-pelajar yang ada berhampiran dapat mendengarnya.

Yang paling baik adalah memuji pelajar-pelajar corot di hadapan guru-guru lain, malah di hadapan pengetua ataupun guru besar.

------

Nota: Tuan dapat menerima semua posting blog ini secara percuma dengan menuliskan alamat emel tuan dalam jendela yang disediakan di tebing kiri blog ini.
  


Teknik 6: Cari Perkara Kecil yang Dilakukan oleh Pelajar Corot Supaya Dapat Dipuji

Teknik 6: Cari Perkara Kecil yang Dilakukan oleh Pelajar Corot Supaya Dapat Dipuji

Pelajar corot tidak boleh dimarahi apabila dia melakukan kesalahan. Sebaliknya, guru perlu memberi banyak pujian kepada pelajar corot itu.

Salah satu perkara susah yang dialami oleh guru-guru apabila hendak cuba memuji pelajar corot adalah payahnya hendak mencari perkara yang layak dipuji pada si pelajar itu.

Guru-guru sudah terbiasa nampak yang salah dan buruk sahaja tentang sikap dan tingkah laku pelajar-pelajar corot. Kebiasaan itu menjadi penutup mata kepada hal-hal yang baik yang dilakukan oleh si pelajar yang mahu dipuji.

Ambil sebagai contoh, apabila pelajar kelas corot datang lambat, bagaimanakah guru mahu memujinya?

Di sebalik setiap kesalahan, tentu ada perkara yang betul. Sebagai contoh, meskipun pelajar itu datang lambat ke sekolah, sekurang-kurang dia datang juga ke sekolah meskipun lambat. Jadi, guru boleh memuji pelajar itu kerana dia sudah berusaha datang ke sekolah.

"Bagusnya!... Saya suka kamu datang sekolah hari ini!" (BETUL)
"Apa khabar, Helmi? Saya suka kamu datang." (BETUL)
"Datang juga kamu ke sekolah. Cepatlah duduk, kita sedang belajar!" (BETUL)

Begitu juga, apabila pelajar corot itu tidak menyelesaikan kerja rumahnya. Guru masih boleh memuji mana-mana latihan yang sudah dilakukannya.

------

Nota: Tuan dapat menerima semua posting blog ini secara percuma dengan menuliskan alamat emel tuan dalam jendela yang disediakan di tebing kiri blog ini.
  


Teknik 5: Jangan Hukum Pelajar Corot, Sebaliknya Beri Dorongan

Teknik 5: Jangan Hukum Pelajar Corot, Sebaliknya Beri Dorongan

Banyak perkara yang dianggap kesalahan di sekolah sebenarnya perkara itu bukan pun kesalahan di sisi agama. Sebagai contoh, kesalahan tidak menyiapkan kerja rumah, tertidur di dalam kelas, bercakap semasa guru bercakap dan lain-lain seperti itu.

Apabila pelajar kelas corot melanggar peraturan sekolah, guru mempunyai 2 pilihan:

1. Menghukum pelajar itu.

Contoh hukuman: Pelajar disuruh berdiri di luar bilik darjah, berdiri di hadapan kelas sambil letakkan bukunya di atas kepala dll.

Hukuman tidak berkesan bagi tujuan mengubah tingkah laku pelajar. Hukuman boleh menyebabkan pelajar semakin benci kepada si guru dan benci kepada sekolah.

2. Mendorong pelajar itu. Di sini strategi guru adalah:

i. Tidak memarahi pelajar.
ii. Tidak bertanya mengapa dia melakukan kesalahan itu.
iii. Tidak meleteri pelajar.
iv. Tidak menasihati.
iii. Terangkan sahaja kepada pelajar itu peraturan yang ada.

Nota: Nabi Muhammad hanya menjalankan hukuman ke atas kesalahan yang memang sudah termaktub hukumannya dalam agama sahaja.

------

Nota: Tuan dapat menerima semua posting blog ini secara percuma dengan menuliskan alamat emel tuan dalam jendela yang disediakan di tebing kiri blog ini.